Monday 27 June 2011

Kedatangan Tiga Orang Guru Baru

Tiga orang guru baru telah diamanatkan untuk berkhidmat di sekolah ini bermula 20hb Jun 2011.

Friday 3 June 2011

Lawatan dari Woodgrove Primary School Singapore [3rd Day - Last Day]

Hari terakhir lawatan dari Woodgrove Primary School diisi dengan aktiviti membaca Surah Yasin beramai-ramai di dewan sekolah. Selepas itu, murid-murid dan guru-guru dipelawa untuk menyertai perlawanan bola jaring (Netball) bersama-sama dengan ahli pasukan bola jaring sekolah dan pasukan bola jaring guru-guru.

Aktiviti diteruskan dengan persembahan tarian tradisional dan drama lakonan Sultan Bolkiah tercucuk jarum emas yang dipersembahkan oleh murid-murid Sekolah Rendah Amar Pahlawan. Murid-murid dari Woodgrove Primary School juga tidak ketinggalan untuk mempersembahan sebuah drama lakonan yang berkisar tentang Hikayat Hang Nadim, seorang kanak-kanak pintar yang dijatuhi hukuman bunuh setelah berjaya menyelamatkan Singapura dari serangan ikan todak.

Acara diteruskan lagi dengan persembahan tarian tradisional yang disertai oleh murid-murid dan guru-guru  serta tetamu-tetamu dari Woodgrove Primary School. Setelah selesai acara, semua warga sekolah, murid-murid dan guru-guru dari Woodgrove Primary School dihidangkan dengan juadah makan tengahari. Tetamu-tetamu dapat merasa makanan tradisi Negara Brunei Darussalam iaitu 'Ambuyat'. Sebelum berangkat meninggalkan Sekolah Rendah Amar Pahlawan, murid-murid dan guru-guru bertukar-tukar alamat emel untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara dua sekolah.   ^_^

Monday 30 May 2011

Lawatan dari Woodgrove Primary School Singapore

Pada hari ini, SR Amar Pahlawan telah berbesar hati menerima lawatan daripada guru-guru dan murid-murid Woodgrove Primary School Singapura. Sejumlah 20 orang murid [14 perempuan dan 6 lelaki] beserta 4 orang guru telah menyertai rombongan tersebut. Acara lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas daripada guru besar diselajurkan dengan acara explorace yang diungkayahkan oleh Biro Kawalan Narkotik Negara Brunei Darussalam. Murid-murid dari Woodgrove Primary School dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama dengan murid-murid SR Amar Pahlawan untuk bersama-sama menyertai explorace ini.














Monday 23 May 2011

Akan Datang

Lawatan dari Woodgrove School, Singapore pada 30 Mei 2011, 1 Jun 2011 dan 2 Jun 2011